Assalamualaikum….
Diam tak diam.. dah 2 minggu kita semua berpuasa. Saya harap.. masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa buat semua teman2. Macam biasa lah.. saya ni susah sungguh nak update blog. Kekadang jeles tul tengok blog kawan2 update tiap2 hari.. Hehe! Tapi, xpe la kan.. nak buat cmner.. saya memang sangat2 busy. Dalam entry ni.. saya marathon la cerita apa yang dah berlaku bulan lepas. Kira mcm summary la nih. Kalo cerita caca marba.. sori ek.. :p
Sekarang dah masuk bulan September… sekejap je masa berlalu. Last month saya outstation ke JB dari 12-20 haribulan. Balik outstation ari Khamis.. Jumaat saya kerja.. plan asalnya masuk opis sebab nak apply cuti.. alih2, ada kerja yang kena selesaikan. Fail Meja kena submit on Tuesday untuk semua staff di divison saya. Memandangkan xde sapa kat ofis yang boleh sama2 siapkan FM tu.. sebab majoritinya masih cuti sbb baru balik dr operasi di Labuan dan Kuching so, struggle pulak la saya siapkan FM tu sbb Monday saya dah start cuti. Takkan la nak biarkan kerja terbengkalai pulak, kan? So ok laaa.. sempat siapkan then boleh la saya cuti dengan hati yang tenteram… tp, xde la tenteram sgt coz masa kat kampung tu duk pk ok ke tak FM tu… hehehe..
.
Saya ke JB sempena Pesta Konvokesyen UTM. Ada buat pameran kat sana. Memang penat sangat2 sbb kena kerja start 8am till 12 mid nite. Almost 16 hours bekerja. Rasa cam nak patah kaki berdiri and bagi taklimat kepada pelawat yang datang. Tapi, ok la… sebab sibuk2 macam tu membuatkan masa cepat berlalu and saya dapat la kurangkan rasa rindu kat Adam n dear Hubby yang duk kat KL nih. Tapi, seyes laaa.. masa kat JB tu.. sy memang xtau hari.. xtau tarikh.. tau2.. celik mata, mandi2.. siap2.. then duk site sampai malam. Rehat pun time solat je. Balik dari site.. masuk hotel… bersihkan badan… TIDO!! Begitu la seterusnya selama lebih kurang 9 hari kat sana..! Saya rasa mcm xde life! Bila dah jadik macam tu.. saya fikir2.. mcm ni la agaknya orang2 yang workaholic tu. Keja.. keja.. keja.. phewwwwwww…! Tak bley la saya!
Masa kat JB.. nak buat video call kat Adam… tp malangnya xde 3g kat sana. Huhhh.. JB la sangat.. alih2 3g pun tak de. For d first time in my life.. saya berjauhan dengan Adam then hanya dapat dengar suara dia aje! Biasanya kalo outstation… mesti dpt tengok muka dia gak coz buat video call.. but kali ni.. nan ado!! Masuk ari ke5, bila call.. Adam dah mula tanya.. “Ibu.. nape lama banyak sangat??” Hehehe.. agaknya dah rasa lama sangat tak jumpa ibu.. sampai ‘lama sangat’ tu jadik ‘lama banyak sangat’. Kesian Adam. Everyday.. kalau call mesti kena pujuk dia suh sabar. Then, hari saya balik tu.. saya buat surprise kat dia. Dah plan dengan dear hubby supaya xkunci grill supaya sy bleh masuk dalam then tekan doorbell. Hahaha.. bila nampak saya… dia happy gila sampaikan tak nak berenggang langsung. Kesian Adam…
Hmm… itu aje la kot kisah g JB. Tak larat lak nak citer banyak2. Tengok gambar aje lah ye.. let d pictures do d talking…

Ini la dia Mobile Meteorologi Office aka Mr. MoMeO.
. Nak bg senang paham.. bas ni adalah Pejabat Meteorologi Bergerak. Saya pergi pameran sebab Mr. MoMeO ni lah. Memandangkan staff2 lain takde kat opis sebab ada operasi.. yang tinggal cuma saya dan beberapa orang staff.. so.. kena la saya handle pameran ni bersama 2 org ofismate dengan dibantu oleh beberapa orang lagi dr Seksyen Latihan. Momeo ni digunakan untuk buat observation dengan beberapa alat yang ada kat luar bus tu. Tak larat nak citer bebanyak lah… secara ringkasnya mcm tu lah keadaanya Mr. MoMeo…
. Waktu siang hari Mr. MoMeO tak dapat sambutan sangat.. tapi.. sebelah malammmmm…

Diorang xdapat naik bus sebab penuh, so saya brief diorg kat luar bus. Citer pasal alat2. Saya ni kadang2 letih duk dalam bus.. saya pass keja kat staff lain then lari keluar bus .. alih2.. luar bus pulak lg ramai yang menunggu. Haha.. itu laa.. ada niat tak baik… :p. Segan jugak.. sbb asalnya 2,3 orang je budak lelaki tu.. alih2 ramai pulak geng dia dtg. Tp, kita kerja.. profesional la kan. Bebudak ni semuanya student UTM..

Yang ni ntah masa malam bila.. tapi tiap2 malam sentiasa ramai orang.. ~Fuhhh~ Penat…

Me with my officemate, Lin. Kitorang dua orang je pompuan dlm team pameran ni. Hehe..

Ini masa malam perasmian konvo. We all wajib pakai mask masa tu sbb Sultanah Johor ada datang. Kami ber3 ni, satu division. Azrul, saya n Lin. We all ni aje la yg ada kat opis masa orang lain sibuk dengan operasi. So, boss lepaskan kami ke JB untuk buat pameran dengan hati yg amat berat. Sebab apa?? Sebab kami ber3 ni semuanya masih ‘mentah’. Saya baru masuk division ni lebih kurang sebulan… Azrul pulak masuk bulan 4 aritu.. Lin pun baru jugak.. so, yang betul2 senior tak de.. tp, we all yakinkan boss.. “KAMI BOLEH, PUAN!!” Mana la dia tak risau.. masa tu dia kat Kuching ada operasi kat sana. ‘Anak2′ dia ni pulak muda belia lagi.. (sy consider diri sendiri muda okay.. sbb blum masuk 30-an.. hahaha..).. that’s why dia risau. Tapi, alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar…

Okay.. ini la our team. Staff Weather Modification + Training Section

Okay… ni lah dalam bus. Output untuk alat2 yang kat luar bus tu.. ada kat dalam ni lah… so, kita monitor dr dlm bus aje…
.
Cukup la gambar tu.. kalau nak tengok lebih lagi.. nanti saya letak dalam facebook ye.
. Insyallah.. kalau ada masa.. saya akan update as soon as possible..
.
Okay.. citer pasal Ramadhan pulak. Alhamdulillah.. minggu pertama puasa.. dapat berbuka dan bersahur di Kuantan dan Terengganu. Balik ke Kuantan ari Sabtu.. dapat la berbuka ramai2 dgn adik2 on 1st day puasa. Masa bertolak dah call mak siap2, suruh mak masak lauk asam pedas ikan kerisi dgn nanas. Phewww…! Makan sepuas ati… org lain dah abis makan, saya masih duk mengadap makanan lagi. Hehe. Bagus sungguh la. Bukan makan nasi sangat, meratah lauk je. Then on Sunday.. we all balik ke Terengganu pulak. Duk kat Terengganu sampai hari Khamis.. selebihnya abiskan cuti di Kuantan la..
. Masa kat Trg, Mama masak macam2. Semua dpt rasa lah. Kalau x silap, ari Ahad tu.. Ma masak lauk sambal udang.. then, d next day buat laksa untuk suamiku itu.. nak sangat makan laksa kuah merah.. diorg panggil kuah masak.. sy ckp dengan hubby.. “Abis tu.. kuah lain tak masak ker??” Hahaha.. :p. Then, Rabu tu.. Ma masak nasi dagang untuk saya. Wahh.. best..! Pendek kata, walaupun puasa.. sy xkempunan la dengan makanan2 Terengganu tu..!
. Ari Khamis masa sampai Kuantan tu, mak masak sambal ayam, then buat lauk kobis masak lemak. Pekena dengan sambal.. ikan masin… alahaii.. sedapnya!
. Tapi, sori la.. memang xde amik gambar pun.. duk sibuk2 kat dapur tu.. takde maknanya nak amik2 gambar plak. Hehe. Pendek kata, masa berpuasa kat kampung, mmg bahagia betul la! Tau bagi idea aje kat mak.. masak tu la.. masak ni la… bukannya nak tolong mak masak. Alah, dah tentu la balik kampung nak makan segala macam benda yang mak masak.. takkan kita lak nak tolong. Hihi.. kejam gile. Tapi, ada la tolong2 kupas bawang, potong sayur, kemas2 meja semua tu.. cuma, bab masak je 100% serahkan kat mak.
.
Walaupun ari Isnin tu cuti sempena Merdeka.. tp, saya sekeluarga bertolak ke KL pada ari Ahad. Balik awal sehari dapat la rehat2 kat umah. Lagipun tak nak la tanggung risiko jammed kat Karak, Bentong atau Gombak. So, nak selamat, balik awal sehari.
. Bertolak dari Kuantan dlm kul 10am cmtu, singgah kat Temerloh jap sbb dear hubby nak beli ikan patin. Dah lama sangat dia mengidam nak makan ikan patin Temerloh. So, kitorang yg tak pernah langsung masuk bandar Temerloh ni.. tawakkal dan redah je. Dah call ayah saudara, tanya kat mana Pasar Tani tu.. dia cuma cakap.. ‘dekat padang bola.’ Alahaiii Pak Teh… padang bola tu banyak… bagitau la nama bangunan ke.. nama jalan ke.. aisehh..! Malas nak tanya banyak2… kitorang redah dan main agak2 je. Alhamdulillah… walaupun main belasah je.. dpt jumpa gak Pasar Tani tu. Tak sesat pun, tau!!
. So, beli la seekor. My hubby je yg makan ikan tu.. saya tak makan…
. Hmm.. kisah ni nanti saya letak dlm next entry la ye. Ewah2.. berjanji la sgt nak letak dlm next entry.. last2 lupa. Hahaha. InsyaALLAH.. sy akan update ye.
So, Ahad tu.. sampai KL dlm kul 3.. tak terus balik umah. Gi settlekan macam2 urusan lah! Dear hubby mmg dah decide nak berbuka diluar.. so, xde la pening2 pk nak masak apa. Masa dalam kereta, Adam dah tak larat dah.. ntah bape kali dia merengek ajak balik umah. ‘Adam dh penat.. dh xlarat dh duk dalam keta ni.. jom la balik umah..’ Hehehe.. kesian lak dengar. Tapi, dah alang2 dah ada kat luar.. biar betul2 selesai semua kerja. Akhirnya, dlm kul 10++ mlm.. kitorang pun sampai umah..
.
Okay la.. nanti la saya update pasal masak2 sepanjang puasa ni ye. Semoga kita semua dapat collect sebanyak2 pahala dibulan yang mulia ini…
Wassalam…
~end~